Dengan Kesusahan Datang Kesenangan

\
hye.....lme x update blog nyh...mey bzy nan exan la skarng..doakan kejayaan mey k kowang....pg td da la mey terbelek2 laman web i luv islam da 1 cter mnarik yang mey nak kongsi ngan sume....cter dyer gnie..


Dengan Kesusahan Datang Kesenangan

alt
Matahari memancarkan sinarnya. Awan putih kian pupus ditelan teriknya pagi. Sesekali kapal terbang melalui ruang udara bertemankan langit biru. Angin sepoi bebas berkeliaran dan kadangkala menyapaku, menyelak lembut tudungku namun gagal. Burung sesuka hati sahaja membuat huru-hara di sini dengan kicauannya yang berentak dan mengikut melodi hatinya mungkin.
'Seronoknya kau, kan burung?. Tak ada masalah.'
Aku cemburu buta pada sang burung. Enaknya mereka bernyanyi sedangkan jiwa aku sedang huru hara dek ribut melanda. Mahu saja berlakunya tsunami. He he.
Buku yang dari tadi ku pangku untuk ku hafal tidak lagi aku hiraukan. Jasad masih di sini. Roh entah kemana. Mesir agaknya... Aku tersengih-sengih sendiri.
Ya... Universiti Al-Azhar...
Impianku sejak kira-kira 4 tahun lalu. Masih tersemat kemas dalam poket harapan. Mungkinkah tertunai suatu hari nanti? Wallahu'alam. Ada rezeki tak ke mana kata orang. Hati aku masih menafikan kenyataan yang masih belum pasti kesahihannya. Aku cuba untuk bersangka baik sahaja.
Teringat pula aku pada kata-kata kakakku kelmarin, "Di negara ni, kita hanya imigran. Orang asing yang tidak dihalau keluar."
Kadang-kadang lucu juga teringatkan kata-kata itu. Masakan aku yang berstatus 'warganegara Malaysia' dicop sebagai 'imigran'. Namun, itulah realitinya. Mungkin kerana bapaku masih berstatus 'bukan warganegara'. Di titik itu jualah banyak persoalan yang datang hinggap di mindaku. Jikalau aku dicop sebagai imigran, sudah tentu banyak masalah yang akan timbul. Akalku mulai ligat berfikir bagai keretapi yang sedang meluncur. Denyut jantung memang sudah tak teratur lagi. Bagaikan ada bertan-tan batu menghempap tubuhku. Hingga menggugurkan jantung, tersembam mencium bumi. Berkecai dan bersepai hilang entah ke mana.
Detik itulah juga aku mula bersangka buruk. Bagaimankah masa depanku? Universiti Al-Azhar?
Ahhhh! Soalan itu tak mampu aku jawab. Andaikan itu soalan imtihanku, aku biarkan kosong. Warna putih kertas sahaja. Memang aku tidak tahu. Mungkin aku hanya boleh memberi jawapan...
'Kau tanyalah pada masa depanku. Mungkin mereka mengetahui.'
Dunia memang tidak adil. Tentunya. Masakan dunia akan adil? Akhirat esok sajalah yang adil. Undang-undang manusia yang kian berubah memang membuatku buntu. Astaghfirullahal'aziim..
'Ya Allah, sememangnya ujianMu ini cukup berat untukku...' Sebak aku tahan, tersangkut di dada. Sejak itu jugalah aku sibuk memikirkan hal itu! Salah kalau orang menganggap aku menyesal! Aku tak menyesal mempunyai seorang abah yang berstatus 'bukan warganegara'. Sangat salah!
---------------------------------------

*Beep!*
Satu SMS masuk ke inbox. Dahiku berkedut hairan.
'Allah berfirman: "Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya." (Al-Baqarah: 268)
Sahabat, la tahzan innallaha ma'ana. Biarkan hari esok datang dengan sendirinya; jangan kau menanyakan khabar masa hadapanmu...Teruskan usaha dan tawakkal kepada Allah. Jangan pernah berhenti. Usah peduli pada kebuntuanmu. Uhibbukifillah.'
From: Aisyah, 0123456789
Aku mulai faham apa yang sahabatku, Aisyah ingin sampaikan. Aku menceritakan apa yang sedang mengisi ruang akalku. Sungguh dia mengerti tentangku selepas kedua ibu bapaku. Masih teringat detik ketika aku meluahkan isi hatiku padanya bertemankan sedu-sedan!
Aku menekan butang reply di telefon bimbitku. Aku mulai menaip.
Terima kasih sahabat. Lukaku mungkin akan terubat sedikit atas nasihatmu. Ya, innallahama'ana. Sesungguhnya Allah bersama kita. Uhibbukifillah juga.
Aku menekan butang send.
To : Aisyah, 0123456789

Seusai solat maghrib, aku membuka tafsir Al-Quran Karim. Aku membaca setiap ayat di dalam surah Ath-Thalaq dan menghayati setiap maknanya dalam Bahasa Melayu.
"...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
(Surah At-Tallaq, ayat 2-3)
Aku menyelak lembaran seterusnya.
"...(Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan."
(Surah At-Tallaq, ayat 7)
Subhanallah! Ya Allah, Kau sedang menunjukkan sesuatu padaku... Tiba-tiba air mataku jatuh berderai. Sudah lencun telekungku dibuatnya. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagiMu, Ya Allah.

---------------------------------------
Allahuakbar! Terkejut aku. Buku yang tadi ku pangku jatuh ke lantai angkara angin. Aku pungut.
"Aimi! Masuk sini kejap. Nak minta tolong. Please!" adikku memanggil.
'Biarlah Allah yang aturkan segalanya. Dia Maha Mengetahui. Sedangkan aku tak tahu apa-apa. Kalau ia rezeki aku, alhamdulillah. Jika bukan, aku percaya, something good will come later. Insya-Allah.'



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!

No comments: